Tuesday, January 28, 2014

Aku Terima Nikahnya 24/1/2014

Sudah 5 hari sy bergelar isteri org♥
Alhamdulillah.. segala perancangan yg dilakukan sebelum ini berjalan dgn lancar.. w/pun terdapat byk halangan yg berlaku.. semuanya ditempuh dgn baik.. sedikit demi sedikit tekanan dihadapi telah diatasi bersama2 my fiance..

24/1/2014 " aku terima nikahnya Nor Amalina binti Mohammad dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"

Hanya sekali lafaz, sy bergelar isteri pd Mohd Syahril Mohd Azali pg Jumaat berwakil wali oleh ayahanda tercinta..

Nervous sbb dah nak jadi isteri org.. kna jaga tingkah laku.. syurga sudah dibwh telapak kaki suami..

Sebak bila mengenangkan sy akan meninggalkan keluarga.. utk membina keluarga baru..

Gembira bila sy mendapat jodoh yg telah ditetapkan olehNya.. seorang lelaki yg akan menjadi pelindung sy sampai akhir hayat..menjadi pembimbing, rakan, musuh, teman sedih & gembira..

25/1/2014 Majlis Resepsi telah berlangsung dgn lancar.. alhamdullilah..
Terima kasih yg tidak terhingga buat keluarga yg tersyg.. BFF & suami.. kwn2 adik aka menantu to be yg byk sgt membantu sebelum & selepas majlis.. rasa sgt terharu dgn budi yg ditaburkan sepanjang majlis.. tak lupa my BFF aka mentor tarian & abg zulhazmi elias yg membuatkan sy cantik sepanjang majlis & teman mengumpat aka syahizam zameer!

No comments: