Monday, July 26, 2010

pErsoNALIti diRi

EMAS (18)
Ciri-ciri umum
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian.
Kata Kunci utama “Peraturan dan saya bertanggungjawab”
Ciri-ciri Diri Saya
  1. Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
  2. Bertanggungjawab, taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
  3. Tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
  4. Saya seorang yang peneliti dan bersifat wajar
  5. Saya menghormati masa
  6. Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna
  7. Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumahtangga
  8. Bersifat keibubapaan

Ciri-ciri Saya Di Tempat Kerja
    • Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja
    • Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
    • Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.
    • Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.
    • Kerja mengikut peraturan, kerjasama dan mengikut kebiasaan

HIJAU  (GREEN) (8)
Ciri-Ciri Umum
Cenderung dan cekap dalam berbagai lapangan, cenderung merekacipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, tenag dan sabar, berfalsafah, berfikiran logik.
Kata kunci utama ialah
   “ Mempunyai Perasaan Ingin tahu Yang  Tinggi “

Ciri-Ciri Diri Saya
  1. Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
  2. Cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru
  3. Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna
  4. Bersifat ingin mengetahui, Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori,bijak, mahir dan panjang akal.
  5. Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur
  6. Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan

Ciri-Ciri Saya di Tempat Kerja
    • Saya seorang pemikir konsep yang bebas
    • Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan
    • Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang
    • Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendalikan projek yang lama.

BIRU (BLUE) (17)
Ciri-Ciri Umum
Bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati,unik, berkebolehan, menyelami fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.
Kata kunci utama  “ Romantis dan Suka  Keharmonian”

Ciri-Ciri Diri Saya
  1. Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulin
  2. Mudah bersimpati, berperibadi dan selalu mencari makna dalam kehidupan
  3. Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani
  4. Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.
  5. Mesra, taat, menyayangi dan baik hati
  6. Mudah terasa dan lemah lembut
  7. Saya seorang yang romantis, bersemangat, gembira dan imaginatif
  8. Saya adalah seorang pengasuh dan individu romantis yang semulajadi.

Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja
    • Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
    • Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan, profesion menolong orang lain.
    • Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain

JINGGA (ORANGE) (15)
Ciri-Ciri Umum
Suka Mengembara Atau Adventurous”

Ciri-Ciri Diri Saya
  1. Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan
  2. Menganggap hidup sebagai satu permainan
  3. Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada
  4. Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan
  5. Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan
  6. Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar
  7. Kadangkala mengambil tindakan yang tergopah-gopah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam
  8. Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentimen dan berfikiran terbuka
  9. Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu membahayakan tetapi menyeronokkan.

Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja
    • Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin.
    • Berpuashati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan.
    • Saya seorang performer yang semulajadi.

No comments: