Ingin lupakan masalah.. aku lari.. lari dgn segala perbuatan & tingkah laku yg aku sendiri tidak jangka..
Siapa sangka aku boleh berada di dalam hutan.. perjalanan 1 jam lebih dr KL utk sampai Kg Pertak.. Kampung Orang Asli Kuala Kubu Baru.. kemudian bermula langkah mendaki selama 2 jam dgn muatan 30L beg..
Segala persiapan utk ke sna agak rushing jgk.. sbb ❌ plan pun... plan mereka dah lama.. cuma hati masih berbelah bahagi.. plan yg Dia beri akhirnya utk aku.. jadi 2 hari sblm ke sana.. aku bergegas menyiapkan brg.. kebanyakan keperluan aku perlu beli.. ikutkn hati nk beli headlamp je.. tapi bila dah sampai Decalthon.. mcm2 brg yg dibeli.. excited pun ada rasanya kot.. smpi bila dpt resit RM300++ .. sbb ada brg (baju sejuk) yg masa ambil rasanya RM29.. tp sebenarnya RM59.. beli 2 skali ngn adik.. mencanak la duit.. xpela.. sekali sekala.. akan ada masa mesti nak gunakan.. cuma sleeping mate je pinjam adik.. ❌sangka dia ada.. kalo xmaonya dibeli jgk.. end up ada jgk brg yg tertinggal nk beli.. next day g la ke sana jgk.. RM100++ di laburkan.. mcm sesuka hati shopping.. tp semua brg mmg digunakan nnt..
Alhamdulillah.. aku berjaya sampai ke tempat itu.. Lata Medang.. kawasan air terjun yg cantik.. kalau nak ke tempat ini sendiri mmg tak mampu.. sbb aku bukan seorang pendaki tegar.. sedangkan rakan pendaki yg lain membawa muatan beg 35 - 40L .. penuh dgn tent, fly, ground, mestin, gas, kuali, periuk, beras, bahan mentah seperti bawang, perencah tomyam, kiub, garam, gula, teh, kopi, sayur, sotong & udang. Belum lagi roti, maggi, telur mentah, telur yg dimasak siap, jem & keropok utk makan semasa berada di atas..
Ration yg dibawa dibahagi supaya tidak membebankan pd seorang shj.. alhamdulillah sbb diberikan 3 rakan pendaki lelaki yg selalu mendaki.. jadi banyak brg pada diri mereka & juga pada rakan sekepala dgn beg muatan 35L.. ajakan dia aku sampai disini bersama2 anak tiri yg selalu bantu.. cuma pd yg baru nk mencuba mendaki.. digalakkan beli beg yg sepatutnya supaya senang pergerakan utk mendaki.. biasalakan.. membawa anak2 tiri ni.. begnya tidaklah besar malah ada lain beg yg dipegang.. lainlah jika daypack..
Seramai 16 orang yg mendaki ke dalam hutan.. 7 dewasa termasuk 3 pendaki tegar & selebihnya murid 5 lelaki & 4 perempuan (mereka diberi telah diberi kebenaran oleh ibu bapa yg tahu bahawa camping ini atas tanggungjawab sendiri). Kami berkumpul dalam area KKB sebelum masuk ke dalam hutan. 2 lect dari KV yg baru 1st time ke Lata Medang juga.. Kami semua bergerak masuk ke hutan pd jam 10.15minit.. sampai ke puncak 12.10 minit.. masing2 dgn tugas mencari kayu, memasang khemah, memasak sayur makan utk makan tengahari.. menu utama dh dimasak awal sblm naik ke puncak..
Selepas makan masing ada yg rest & ada yg mandi.. malam menu utama adalah tomyam.. keesokan hari roti telur utk breakfast.. maggi bila2 shj boleh makan sekiranya lapar setelah berendam dlm air..
Kawasan laluan ke Lata Medang tiada petunjuk arah seperti papan tanda.. hanya laluan shj yg ada.. bahayanya jika kita tidak pasti arah sbb kadangkala ada juga laluan terbahagi 2.. jd jika ingin ke sana.. perlukan orang yg pernah ke lata tu..
Pacat? Lintah? Semestinya ada.. utk perempuan yg period lagi la haiwan tu suka.. cuma kali ini tiada hujan.. jd haiwan tersebut tidak banyak..
Banyak perkara yg aku pelajari.. dr segi susunan brg.. cthnya.. sleeping mat diletakkan dlm beg dimana bhgn tengah diletakkan brg2 lain.. sblm tu sleeping mat di balut plastik dlu.. perkara ini utk elakkan beg basah sekiranya hujan.. walaupun beg di cover dgn cover beg.. utk masuk ke Lata Medang.. semasa parking kereta.. ada laluan tol dr org asli..
Perjalanan balik kami diteruskan pd jam 1.50pm & tiba di jambatan runtuh tepat jam 3.10pm.. sblm balik.. kami hilangkan penat & peluh dgn terjun dlm air lagi.. around 4pm siap2 utk gerak ke KL.. singgah Dataran KKB utk isi perut sbb dah main air.. 6.15pm kami bergerak ke KL & sampai dlm 7.30pm..
Tidur dgn tenang.. deruan air terjun seakan akan memahami isi hati aku.. aku perlukan ketenangan.. akan tetapi sekembalinya di KL .. ketenangan itu akan hilang.. memerlukan aku utk mencarinya kembali..
11-12 Ogos 2018
Sabtu Ahad
7am
Panjang
Ganu
Syahir
Ida
Peenat
Hiew
Emily
Azlina
Atil
Maisarah
Anis
Tajul
Aziq
Alip
Firdaus
Angah - Fakrullah
Sekembalinya di KL.. selesai urusan menemani anak2 tiri balik.. maka urusan diri sendiri diteruskan.. rezeki bila adik msg yg dia diluar bersama bf & mybff.. maka aku gunakan peluang dgn meminta dia utk menghantar ke damansara damai.. ambil kereta yg telah dipegang oleh rakan yg baru dikenali tahun lepas.. hanya dia tmpt Allah gerakkan hati aku.. aku memintanya utk menolong menghantar kereta aku ke bengkel utk baikpulih apa yg perlu.. sudah lama aku membiarkan dia.. sampai masa aku perlu buat sesuatu.. alhamdulillah.. apa yg aku perlu dpt.. cuma perlu ada masa utk cat semula bumper yg semakin lama semakin sakit mata memandang.. & aku akan hantar bila dia free nnt..
Tepat jam 10 lebih aku sampai dirumah & meneruskan kerja hakiki seperti biasa keesokkan harinya..